September 17, 2010

MACAT JOHOR-Da' Memories

Persembahan Penutup Oleh Barisan Pendekar Setia Johor Dipimpin Oleh Datuk Panglima Perang Petala Alam
MACAT PERINGKAT NEGERI JOHOR 2010
Malays Art of Combat Tournament (MACAT) Telah Berlangsung pada 13 Jun 2010 bertempat di Gelanggang Tunas Harapan, Sentang Batu, Parit Sulong. Seramai 36 orang peserta telah menyertainya bagi Kategori Gerak & Kategori Tanpa Gerak.

       Datuk Panglima Perang Petala Alam Bersama Dengan Anak-Anak  Gelanggang Warisan Rimba, Seri Medan

Barisan Peserta Semasa Pendaftaran
Gelanggang Warisan Rimba, Seri Medan
Gelanggang Sekilas Senja, Kluang

Gelanggang Tunas Harapan, Sentang Batu, Parit Sulong

Salam Sayang Dari Datuk Panglima Perang Petala Alam Dan Pendekar Setia Datin Seridewi

Senarai Gelanggang Gayong Ma'arifat Zon Selatan 1 - Johor Darul Takzim

PSSGMM Johor

Sebarang Pertanyaan Am Sila Hubungi : - 
Dato Panglima Perang Petala Alam, Datuk Rahmat Al Qadiry 0127455808

1. Johor Baharu (Masai) 
Dato Ust Bonang 0167377217(Gerak, Perubatan,)

2. Kota Tinggi 

Saudara Ron 0177704768 (Gerak)

3. Batu Pahat / Muar/ Rengit 

Pendekar Faiz  0177839842 (Gerak / Perubatan / Gelanggang)

4. Parit Raja (UTHM dan sekitarnya) 

Ustaz Rafiee 0127158904 (Perubatan)


Senarai Gelanggang PSSGMM 

 
Panglima Wilayah Selatan Zon 2, Johor DT,
Dato Panglima Perang Petala Alam, Datuk Rahmat Al Qadiry (0127455808)

1.Batu Pahat

  • Bandar Batu Pahat
  • Gelanggang Ghaibi Was Syahadah
  • No 1 Jalan Tupai Terbang Taman Seri Saga (Dpn BP Mall)
  • Pendekar Faiz - 0177839842

  • Tongkang pecah
  • Gelanggang Pedang Sari
  • Balai Raya Kampung Jorak senawi
  • Ustz Khirman 0197297173

  • Parit Sulong
  • Gelanggang Tunas harapan
  • Kampung Parit Sentang Batu Darat Parit Sulong
  • Pendekar Setia Putra Andika  0177879786

  • Seri Medan
  • Gelanggang Selembar Merah, Parit Baru
  • Gelanggang Mega Senja, Parit Lapis Laman
  •  Gelanggang Panca Delima
  • Gelanggang Warisan Rimba
  • Dato Panglima Perang Petala Alam, Datuk Rahmat Al Qadiry 0127455808

2. Kluang

  • Felda Ulu Penggeli
  • Gelanggang Sekilas Senja
  • Balai Gerakan UMNO Felda Ulu Pegeli Keluang Johor
  • Pendekar Setia Indra Putra-0177757417
Sebarang Permintaan Pembukaan Gelanggang di Kawasan-Kawasan Baru / Daerah-Daerah Lain Amatlah Dialu-alukan. Sila Hubungi Datuk Panglima Perang Petala Alam, Datuk Rahmat bagi sebarang urusan permintaan pembukaan gelanggang dan juga pertanyaan mengenai Gerak Laksamana. 

September 14, 2010

WARISAN PUSAKA (pengenalan)


Assalamualaikum buat pembaca budiman saya rasa telah tiba masanya saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ada.
dari masa ke semasa saya akan cuba untuk update risalah ini yang merupakan catatan tentang kefaham saya berkenaan Gayong Maarifat yang saya sertai selama lebih dari sedekad. Wallahu Alam
Risalah bertajuk warisan pusaka (melihat dalam diri Gayong Maarifat) ini di tulis pada tahun 2007 dan mengambil masa hampir setengah tahun untuk disiapkan ,

Bismilahhirohmanirohim

Syukur hamba kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta Kudrat dan Iradat NYA dapat hamba berkongsi sedikit sebanyak catatan dari ilmu kurniaan Nya

Hamba telah malang melintang didalam rimba persilatan lebih dari dua dekad dan berpanas dan berhujan bersama perguruan ini sedari tahun 1999

Tiada didalam diri ,hakikat lebih dari menyampaikan ilmu yang menjadi pegangan dan amanah, walau terkadang tindakan tamapak hanya menanti Gayong Maaarifat tetap dihati dari dulu kini dan mudah mudahan sampai mati

Tidak juga mengangkat risalah ini sebagai hak diri mutlak tetapilebih kepada ucapan terima kasih kepada guru guru dan permbimbing yang tak pernah kenal erti jemu dalam membimbing hamba menuju jalan Nya.

Dinyatakan juga disini apa jua yang terkandung didalam risalah ini adalah kupasan dari pengalaman didalam perguruan sebagai pedoman dan ikhtibar kepada semua yang ingin lama dalam perguruan atau terasa untuk lebih mengenali diri perguruan dari sisi yang tak selalunya terpandang.

Tanamkan maksud dalam erti perjuangan sebelum halaman seterusnya dibaca , ingin dinyatakan keperluan bertanya sekiranya ada kata kata dan baris baris ayat yang yang kurang jelas kerana hamba bukan menulis kerana diri tetapi untuk jemaah berpandukan taufik dan hidayah Nya

Hak Mutlak keatas segala Ilmu ialah diatas Yang Dipertuan Besar Panji Alam skiranmya bercanggah dengan keterangan didalam risalah ini maka hamba akur hamba ini insan dan hamba percaya 'gerak' tidak akan menyesatkan sesiapa

Raden Aria Persanta
11 sept 2007
(29 syaaban 1428)
Hakcipta dilindungi Allah