September 14, 2010

WARISAN PUSAKA (pengenalan)


Assalamualaikum buat pembaca budiman saya rasa telah tiba masanya saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya ada.
dari masa ke semasa saya akan cuba untuk update risalah ini yang merupakan catatan tentang kefaham saya berkenaan Gayong Maarifat yang saya sertai selama lebih dari sedekad. Wallahu Alam
Risalah bertajuk warisan pusaka (melihat dalam diri Gayong Maarifat) ini di tulis pada tahun 2007 dan mengambil masa hampir setengah tahun untuk disiapkan ,

Bismilahhirohmanirohim

Syukur hamba kehadrat Allah kerana dengan limpah kurnia serta Kudrat dan Iradat NYA dapat hamba berkongsi sedikit sebanyak catatan dari ilmu kurniaan Nya

Hamba telah malang melintang didalam rimba persilatan lebih dari dua dekad dan berpanas dan berhujan bersama perguruan ini sedari tahun 1999

Tiada didalam diri ,hakikat lebih dari menyampaikan ilmu yang menjadi pegangan dan amanah, walau terkadang tindakan tamapak hanya menanti Gayong Maaarifat tetap dihati dari dulu kini dan mudah mudahan sampai mati

Tidak juga mengangkat risalah ini sebagai hak diri mutlak tetapilebih kepada ucapan terima kasih kepada guru guru dan permbimbing yang tak pernah kenal erti jemu dalam membimbing hamba menuju jalan Nya.

Dinyatakan juga disini apa jua yang terkandung didalam risalah ini adalah kupasan dari pengalaman didalam perguruan sebagai pedoman dan ikhtibar kepada semua yang ingin lama dalam perguruan atau terasa untuk lebih mengenali diri perguruan dari sisi yang tak selalunya terpandang.

Tanamkan maksud dalam erti perjuangan sebelum halaman seterusnya dibaca , ingin dinyatakan keperluan bertanya sekiranya ada kata kata dan baris baris ayat yang yang kurang jelas kerana hamba bukan menulis kerana diri tetapi untuk jemaah berpandukan taufik dan hidayah Nya

Hak Mutlak keatas segala Ilmu ialah diatas Yang Dipertuan Besar Panji Alam skiranmya bercanggah dengan keterangan didalam risalah ini maka hamba akur hamba ini insan dan hamba percaya 'gerak' tidak akan menyesatkan sesiapa

Raden Aria Persanta
11 sept 2007
(29 syaaban 1428)
Hakcipta dilindungi Allah

No comments:

Post a Comment