September 20, 2010

Warisan Pusaka (bahagian 1 )

NAMA

Tidak hamba ingin menyusuri kembali liku liku perjalanan yang telah dilalui oleh Gayong Maarifat rasanya biarlah perjalanan itu dikisahkan oleh yang empunya hak keatas perguruan ini

apa yang hamba ingin sampaikan disini adalah rasa , intipati serta perolehan yang telah diperolehi setelah lama dialaun sepak terajang didalam perguruan ini.

Nama ialah sesuatu yang membezakan antara sesuatu dengan sesuatau yang lain , selain rupa dan perangai , bermula kita kenal dulu namanya iaitu gayong dan maarifat ibarat kenal kepada ibu dan bapa

Gayong

Zahirnya bererti pergerakan atau hidup , segala yang hidup itu bergerak namun yang bergerak itu tidak semestinya hidup melainkan digerakan oleh yang hidup. batinnya bererti langkah yang membezakan tahu dengan tidak, jahil dengan berilmu.
jika digabungkan tidaklah ia bermaksud yang lain selain dari hidup . jika seseorang memahami erti hidup maka ia faham apa itu Gayong.

Maarifat
Tersohor sebagai cabang ilmu tertinggi dalam pengajian ilmu tasauf . Zahirnya membawa pengertian tahu atau kenal secara batinnya ia lebih kepada pengertian mendalam tentang sesuatu baik dari segi ilmu atau apa saja.

Gayong +maarifat
pengabungan yang bermaksud tahu apa itu tujuan hidup mengerti apa yang diperlukan untuk hidup
Gayong maarifat bukanlah sekadar silat tetapi wadah untuk menjadikan seseorang itu insan yang lebih berguna, lebih tahu dan lebih mengerti dalam menjalani hidup
Jadi jangan dipendekan akal hanya kepada sepak terajang , tepis menepis dan kunci mengunci , kerana menjadi insan ulung ialah menjadi insan yang faham erti hidup , bukan erti membunuh.

Wallahu alam

No comments:

Post a Comment